AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.00 SEN SEUNIT UNTUK ASN28 Disember 2010KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Sekim Amanah Saham Nasional untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.80 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 sen seunit tahun lalu.Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM89.88 juta, berbanding RM81.52 juta yang dibayar pada tahun kewangan 2009.Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid berkata prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010, secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding dengan tahun lalu selaras dengan prestasi memberangsangkan ekonomi negara dan pasaran saham di mana indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 18.8% daripada 1,272.78 mata yang dicatatkan pada 31 Disember, 2009 kepada 1,511.58 mata yang dicatatkan pada 24 Disember, 2010.Dalam tempoh kewangan yang sama, ASN telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM112.02 juta. Keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM63.07 juta atau 56.30%, diikuti oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat-syarikat pelaburan sebanyak RM39.18 juta atau 34.98%. Selebihnya, RM9.77 juta atau 8.72% adalah daripada lain-lain pelaburan.Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2010, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember, 2010.Pembayaran ini dijangka akan dimanfaatkan oleh seramai 1.18 juta pemegang juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN.Semua urus niaga bagi ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 27 Disember, 2010, sehingga 2 Januari, 2011. Penangguhan urus niaga ini adalah bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun 2010.Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN masing-masing di pejabat-pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara, mulai 3 Januari, 2011.ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan pada 20 April, 1981. Objektif tabung ini adalah untuk menjana pengagihan pendapatan dan peningkatan modal yang berpatutan, melalui pelaburan di dalam portfolio yang dipelbagaikan.Perbandingan prestasi ASN dari segi jumlah pulangan keseluruhan (’’total return”) dan hasil pendapatan ("yield") boleh dilakukan dengan instrumen-instrumen yang mempunyai ciri-ciri dan tahap risiko yang hampir serupa dengan tabung ASN.
Wednesday, December 29, 2010
ASN - 6.00 sen seunit
Friday, December 24, 2010
FXCM - King of the Micro - November 2010
ASB - Dividen 7.5%, Bonus 1.25%
21 Disember 2010
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.
Sehingga 17 Disember, 2010, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion, atau 50% kepada jumlah pendapatan kasar, dan selebihnya sebanyak RM0.53 bilion, atau 8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2010. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2001 sehingga 2010.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2011.
Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara telah ditangguhkan bermula pada 20 Disember, 2010 sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 12 tahun ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka penjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.